LOKASI YANG STRATEGI

Negeri Melaka yang terletak di antara 2 bandar utama iaitu 148km ke selatan Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Negara Malaysia dan 245km dari utara Singapura. Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Singapura amatlah strategik dan dihubungkan melalui infrastuktur jalan dan lebuh raya Utara-Selatan yang baik. Secara tidak langsung  ianya memberikan kelebihan kepada Melaka dari segi logistik yang mempermudahkan perhubungan ke 2 pelabuhan utama iaitu pelabuhan di Klang, Selangor dan dan Tanjung Pelepas di Johor.

INFRASTRUKTUR YANG KONDUSIF

Jajaran Lebuh Raya Utara Selatan adalah lebuhraya utama yang menghubungkan setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Ia membolehkan Melaka diakses dengan mudah dari semua negeri di Malaysia. Selain itu jaringan jalan raya di dalam negeri yang sistematik dan dijaga dengan baik memudahkan perhubungan di antara satu lokasi ke lokasi lain. Kawasan perindustrian negeri Melaka dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap serta tanpa gangguan. Bekalan air yang mencukupi, bekalan tenaga elektrik yang stabil dan serta bekalan gas yang berterusan menjadi kawasan perindustrian di negeri Melaka sangat sesuai untuk pelaburan.

KOS PERNIAGAAN YANG RENDAH

Kos menjalankan perniagaan di Melaka adalah antara yang terendah berbanding negeri-negeri lain yang berteraskan industri di Malaysia. Contoh kos perniagaan yang rendah adalah seperti kos operasi yang melibatkan gaji dan upah pekerja dan kos bahan mentah. Selain daripada itu kos pembelian hartanah industri juga adalah rendah berbanding negeri lain, iaitu pada kadar RM20 hingga RM35 sekaki persegi. Kelebihan ini menjadikan Melaka merupakan lokasi yang sangat baik untuk menjalankan perniagaan.

SOKONGAN DARI PIHAK KERAJAAN

Kerajaan Negeri telah meletakkan usaha untuk menyokong semua aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembangunan ekonomi oleh pelabur asing mahu pon tempatan. Aktiviti perindustrian di Melaka semakin rancak  di bawah pemimpin yang dinamik, aggresif dan progresif iaitu YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka. Pihak Kerajaan Negeri telah mewujudkan mekanisme pentadbiran yang dapat mempercepatkan proses kelulusan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti, Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi dan Mesyuarat Ekpress. Kerajaan Negeri komited memberi sokongan dan dokongan kepada pelabur terutamanya dari segi permohonan insentif kepada Kerajaan Persekutuan.

 PENDIDIKAN DAN PEKERJA BERTARAF DUNIA

Melaka mempunyai bilangan yang banyak bagi universiti, kolej dan sekolah swasta. Melaka mempunyai 10 universiti, 32 kolej dan 2 sekolah antarabangsa swasta yang menyediakan peluang pendidikan untuk semua orang di negeri ini dan kepada negara. Terdapat kira-kira 120,000 pelajar yang mendaftar setakat ini untuk menyokong permintaan industri dalam pelbagai sektor dan industri untuk masa kini dan akan datang.

GAYA HIDUP BERKUALITI TINGGI

Melaka menawarkan pelabur pilihan yang tepat untuk didiami. Berbanding dengan kalangan bandar-bandar utama di negara ini, Melaka boleh menawarkan kualiti hidup yang tinggi dengan kos yang berpatutan. Kos sara hidup yang agak rendah, harga hartanah yang rendah, kemudahan penjagaan kesihatan moden dan kadar jenayah yang rendah menjadikan Melaka adalah tempat yang hebat untuk didiami. Melaka turut terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik, kaya dengan panorama tersendiridari segi budaya, warisan, pelbagai agama dan etnik serta kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati.

 

 

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA 
ARAS 4-11 MENARA MITC,
JLN KONVENSYEN 75450 AYER KERUH MELAKA
T 606 2324433 F 606 2324434
E info[at]pknm.gov.my

  

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini seperti Internet Explorer versi 10 ke atas, Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari & Opera dengan minimum resolusi 1280 x 800 piksel.
Tarikh Kemaskini:

Anda adalah pelawat Yang ke :